Awal Jun lalu pesawat Malaysia Airlines MH1 dalam penerbangan dari London menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengalami 'turbulence' atau gegaran udara.

Kejadian yang berlaku di ruang udara Teluk Benggal itu menyebabkan beberapa penumpang dan anak kapalnya cedera.

Nadirah Baharuddin adalah antara penumpang dalam penerbangan itu. Dia berkongsi situasi mencemaskan dalam pesawat tersebut semasa kejadian berlaku.
Peristiwa ini turut mengajarnya satu perkara penting iaitu sentiasa memakai tali pinggang keselamatan sewaktu di dalam pesawat walau pun dibenarkan membukanya kerana kita tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku.

Hi assalam semua! Nad nak share kepada semua kaki2 traveler ni korang sure selalu naik flight. So blh lah ambil pengajaran drpd experience Nad waktu pergi Tour Europe haritu. Pengalaman yg tak boleh dilupakan.

Nad was on that flight mh1. Lepas cabin crew served our first meal which mmg nad tak selera nk mkn. Selalu mknan atas flight mmg nad akan mkn hbs tapi kali ni mmg tak selera so bg husband je hbs kan.. Lps mkn je nad terus tidur.

After 8 hours of sleep nad terbgn sbb I wanted to go to the toilet. My plan was to sleep smpai flight landed. Tp bile check screen tgk dah tak lama just lagi 2 hours 45 mins. So pergi jelah toilet. Bile bgn Nad sedar yg I didnt buckled up. Sbb selalu tidur dlm flight Nad wajib pakai seatbelt.

After returned from toilet, Nad pun duduk dan terus pakai seatbelt. Few mins after, ada announcement suruh pakai seatbelt so Nad kejut husband suruh bgn and pakai seatbelt. Kebetulan dia mmg pakai tapi longgar hbs. So dia pun ketatkan..

Tak sampai 5 mins lepas announcement tibe2 our plane bergegar2.. Mmg lain mcm gegar tu.. Kuat sangat.. So nad and husband mmg dah ready dah pegang handle tepi.. Tibe our plan dropped down and semua terangkat ke atas.

Nad duduk belakang seat yg khas utk parents yg bawak baby.. Nad betul2 nampak 2 mothers dpn Nad melambung tinggi.. nasib baik dieorg grab kuat2 baby tu. Yg sorang tu baru lps keluar toilet nk tukar pampers tak sempat nak pakai seatbelt.. Dkt belakang dah ramai yg injured smpai terhantuk dkt deck.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Jun/24/1.jpg

Lps dah reda sikit, crew tanya ada siapa2 doctor ke dlm flight.. Kebetulan sebelah Nad ada sorang mat salleh ni doctor.. Dia yg tolong rawat semua yg injured dkt belakang.

Alhamdulillah semua family nad takde ape2.. Just adik nad lah.. Dia tgh tidur tak perasan announcement terbgn kejut tgh duduk blur2 tibe2 dia terus terpelanting ke atas.. Bahu kena ceiling, lps tu perut kena kerusi then baru jatuh terduduk atas kerusi.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Jun/24/2.jpg
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Jun/24/3.jpg
MasyaAllah, we were all scared and thought that that was our last day. But alhamdulillah we are now safe and sound arrived at home.

So semua lepas ni please be more conscious sentiasa pakai seatbelt dlm flight even the sign is on or off. We never know what could happen.


Sumber:  Facebook Nadirah Baharuddin via Backpackers Buddies Malaysia
via vanillakismis.my