Tip Pilih Hijab Untuk Anda Yang Berwajah Bulat dan Pipi Chubby
Bila melihat rakan mengenakan stail tudung baru kita pun mahu mencuba. Tapi bila dah pakai macam tak kena pula. Wajah makin nampak bulat dan chubby atau tembam.

Ini antara masalah untuk mereka yang punya bentuk wajah sebegini. Ramai yang akan mengenakan stail hijab yang menutupi pipi secara keterlaluan hingga nampak pelik dengan harapan dapat menyamarkan bentuk wajah yang bulat ini.


Sebenarnya sekiranya wajah anda termasuk dalam kategori ini, bukan stail tudung saja yang perlu diberi perhatian tapi juga material malah anak tudung atau inner juga memainkan peranan.

Berikut beberapa tips memakai hijab buat anda yang berwajah bulat dan berpipi chubby:

Pilih Anak Tudung (Inner) Yang Sesuai
Anak tudung atau inner mempunyai pelbagai jenis rekaan dan ia tidak semestinya sesuai untuk digayakan untuk semua bentuk wajah.

Anda yang memiliki wajah chubby, perhatikan ukuran anak tudung tersebut. Jangan sampai anak tudung tersebut kecil saiznya, sehingga menekan pipi anda. Secara tidak langsung ia membuatkan pipi anda kelihatan semakin chubby.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Jun/13/AIN-14-HITAM-3.jpg
Untuk wajah chubby, sebaiknya pilihlah inner neck jenis awning yang sedikit panjang melebihi tulang pipi. Ia akan memberikan kesan wajah yang lebih lonjong di bahagian tepi sehingga anda boleh menyembunyikan pipi anda yang chubby itu.

Pastikan Material Dan Rekaan Hijab Tepat

Si chubby tidak boleh sembarangan dalam mengayakan hijab. Anda disarankan memilih rekaan hijab yang boleh memberikan kesan wajah yang nampak tirus.

Untuk menyembunyikan kesan chubby, gayakan hijab tersebut hingga ke bahagian pipi. Jika anda gemar gaya hijab yang flowy pastikan shawl di dahi, tidak melekap dan tirus.

Di samping itu, pilihlah material hijab yang ‘jatuh’ sehingga memberikan efek wajah tirus. Elakkan mengayakan hijab daripada material sutera yang ‘jatuh’ kerana ia boleh mempertegaskan wajah chubby anda itu.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Jun/13/Trend-Hijab-Satin-Bermotif.jpg
Elakkan juga material efek kilat seperti satin kerana ia memberi ilusi wajah lebih berisi. Selain itu, untuk memberikan kesan tirus, anda disarankan memakai hijab dengan warna polos gelap. Hijab yang bermotif akan menampakkan lagi wajah bulat dan pipi anda yang chubby.

Hindari Hijab Yang Berlapis
Selain menghindari hijab daripada material sutera yang ‘jatuh’, anda juga perlu elak daripada memakai hijab berlapis. Hijab yang berlapis akan menambah volume pada wajah anda sehingga wajah anda akan kelihatan semakin chubby dan berisi.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Jun/13/vebby%20palwinta%20ingin%20terus%20berhijab.jpg
Anda juga tidak disyorkan memakai pashmina yang tebal.Sebaiknya, anda pilih pashmina atau hijab daripada material nipis, tetapi tidak jatuh.

via vanillakismis.my