Ketika jemari tangan dan kaki berada di rendaman air dalam masa yang cukup lama akan menyebabkan timbulnya kerutan atau kedutan secara jelas.
Kebanyakan orang menganggap bahawa kerutan yang terjadi akibat air yang masuk ke dalam lapisan kulit luar sehingga membuat jari bengkak dan berpengaruh terhadap saraf jari. Namun hasil penyelidikan tidak membenarkan pernyataan tersebut.
Dilansir dari laman Scientific American, Rabu (24/2/2016) kerutan terjadi akibat pembuluh darah yang terkonstriksi (pembengkakan dan pembekuan darah yang terkawal) dari bawah kulit.
Sebuah kajian yang dilakukan Mark Changizi, seorang Neurobiologi Evolusioner do 2AI Labs di Boise, Idaho, dan rakannya mendapati fungsi lain dari kerutan pada jari.
Kajian menunjukkan bahawa jari yang keriput (hasil rendaman air panas selama 30 minit), lebih cepat mengambil guli basah berbanding dengan jari yang kering.
"Kami telah menunjukkan bahawa jari-jari keriput menghasilkan genggaman yang lebih baik dalam keadaan basah", ujarnya.
Kajian terbaru yang dilakukan Tom Smulders, seorang evolutionary biologist di Newcastle University, Inggeris, mendapati kesan dari jari kedutan akibat rendaman air membantu seseorang mendapatkan pijakan yang lebih baik pada masa hujan atau di permukaan lantai yang licin.
Namun para penyelidik juga tak beranggapan bahawa jari kedutan lebih baik dari jemari kering. - [dipetik dari liputan6.com]
loading...