Foto Putera William bersama anaknya Putera George memang banyak kita lihat di media massa. Tapi tatkala berbicara dengan anaknya, gambar yang dirakam selalunya dalam keadaan dia sedang duduk atau berlutut di depan menatap wajah anaknya.

Tujuannya untuk mengimbangi ketinggiannya dengan Putera George yang berusia tiga tahun. Sebenarnya cara komunikasi Putera William dengan anaknya ini menurut pakar psikologi kanak-kanak harus dicontohi oleh bapa lain.

Gill Connel, Child Development Expert dan Penulis A Moving Child Is a Learning Child, mengatakan bahawa cara seorang bapa bercakap dengan anak sambil menatap wajah dan matanya akan memberi kesan anak berasa dirinya didengari dan dilayan baik oleh ibu bapa mereka.

Cara ini katanya sangat berkesan untuk memberi anak keyakinan diri dan kebolehan untuk untuk berkomunikasi dengan orang lain di sekitarnya. Selain menyesuaikan ketinggian tinggi tubuh agar sesuai dengan jarak pandang anak, ayah juga harus fokus ketika anak sedang bercakap dengan anda.

Ibu bapa juga disarankan untuk menghentikan seketika segala aktiviti yang dilakukan ketika anak bercakap dengan mereka agar anak berasa diri mereka tidak diabaikan.  

Ini kerana tiada maknanya masa bersama anak dan orang tua jika mereka tidak memberi perhatian dan mendengar apa yang diperkatakan anak.

Sumber: Womansday
vanillakismis.my