Semua wanita impikan tubuh langsing dan kulit cerah namun bukan perkara mustahil untuk mendapatkannya sekali gus.

Lebih menarik kerana caranya adalah semula jadi tanpa perlu risau akan kesannya. Dua impian wanita ini boleh diperoleh sekali gus melalui amalan minum air detoks daripada madu, halia dan dan lemon.

Tiga bahan ini mengandungi khasiat tersendiri. Madu membantu melunturkan lemak dalam tubuh di samping menambah tenaga.


Sementara halia pula mengandungi antioksidan yang menjadikan tubuh sihat. Ia juga melancarkan sistem pencernaan seterusnya jauh dari risiko kesihatan ketika mengamalkan diet atau detoks.

Sementara untuk lemon, kandungan vitamin C di dalamnya diketahui mampu mencerahkan kulit dari dalam. Lemon juga dikenali sebagai buah yang mengikis lemak dalam tubuh.

Cara penyediaan

Cara membuat air detoks tiga bahan ini juga sangat mudah.Sediakan air suam lalu masukkan hirisan halia. Tambah dengan hirisan lemon dan tuang madu secukupnya.

Minum air ini ketika ia masih panas. Amalan minum air ini secara teratur waktu pagi selepas bangun tidur dan malam sebelum tidur akan melangsingkan tubuh dan mencerahkan kulit dengan mudah.

Tapi untuk melihat kesan maksimum anda disaran bersenam, menjaga pemakanan dan berehat secukupnya.


Sumber: www.stylecraze.com
via http://www.vanillakismis.my/