Oleh : Farhana Fuad
Gambar : Shutterstock
Kala senggugut menyerang, ia ibarat satu hari yang perit buat wanita. Rasa sakit yang dialami sebenarnya boleh dikawal jika anda tahu cara untuk mengalih minda dari terus memikir akan rasa sakit itu.
Lumrahnya kita tahu yang otak memainkan peranan dalam menghantar mesej pada anggota tubuh untuk meransang tindakan seterusnya. Kadang-kadang semakin kita fikir semakin perit ia melanda.
Pokoknya, segala pemikiran negatif harus dielakkan kala senggugut menyerang. Selain dari mengambil pil tahan sakit yang mungkin memberikan kesan jangka masa panjang, adalah lebih baik jika anda melakukan perkara ini untuk melaluinya dengan tenang.
EH! kongsikan perkara yang anda boleh buat kala mengalami senggugut. Mungkin dengan cara yang dicadangkan ini akan menyurutkan sedikit rasa sakit.
Tidur
Tidur seakan satu jalan pintas untuk membuatkan anda lupa akan kesakitan senggugut. Anda akan lebih segar dan bertenaga kembali setelah bangun dari tidur. Sekali gus ini membuatkan senggugut itu reda dengan segera.
Mendengar Lagu
Jika anda mengalami masalah susah tidur, cuba tenangkan diri dengan mendengar lagu. Ia mampu membuatkan diri dan minda tenang seketika dari emosi dan perasaan marah dek kerana kesakitan yang dialami.
Makan, Makan dan Makan
Hakikatnya, kala senggugut dan menstruasi berlaku wanita akan lebih cenderung untuk makan. Ia disebabkan tubuh kita menggunakan lebih kalori kala senggugut dan adanya ketika menstruasi. Peningkatan penggunaan kalori ini membuatkan tubuh membakar lebih banyak kalori dan sekaligus ini membuatkan anda lebih cepat lapar. Jadi, cara terbaik adalah makan apa sahaja yang anda inginkan kerana ia sedikit sebanyak membuatkan rasa sakit senggugut berkurangan.
Mandi Air Panas
Sebaiknya, mandi air panas atau suam. Haba panas membuatkan pengaliran darah ke arah bahagian pelvis berjalan lancar dan ia membantu dalam menenangkan otot yang kejang akibat senggugut yang melanda.
Minum Teh Halia atau Kayu Manis
Mengambil minuman panas sedikit sebanyak boleh mengurangkan kekejangan, tetapi rahsianya adalah dengan mengambil minuman yang berasaskan herba. Semestinya ramai yang tahu bahawa halia mempunyai kehebatan dalam menghilangkan rasa sakit dan kayu manis pula berfungsi sebagai anti-radang yang membantu dalam mengurangkan kekejangan bahagian uterine.
Sumber:http://eh.com.my/
loading...