5 Cara Atasi Masalah Nasi Mentah

atasi masalah nasi mentah - women online magazine
Nasi mentah.Nasi yang dimasak kadang-kala boleh juga menjadi mentah, walaupun kita selalu masak nasi.
Sekiranya nasi yang kita masak tidak cukup atau mentah, jangan risau kerana masalah ini masih boleh di atasi. Caranya mudah saja, kerana semuanya ada di depan mata anda.

Berikut 5 Cara Atasi Masalah Nasi Mentah
1. Letakkan sebiji mangkuk kecil dan isikan air panas. Buatkan lubang pada bahagian tengah nasi, kemudian letakkan mangkuk itu. Tutup periuk rapat-rapat dan biarkannya di atas api yang perlahan beberapa minit sehingga nasi masak.
2. Renjiskan sedikit air ke atas permukaan nasi yang kurang masak, ambil penutup periuk dan balutkan dengan plastik kemudian tutup. Biarkan masak seketika. Nasi akan pulih seperti biasa.
3. Renjiskan sedikit air yang telah bercampur dengan garam ke atas nasi tersebut. Kemudian nasi itu, dikacau sempurna dan tutup hingga nasi itu berwap.
4. Sebiji bawang di potong nipis, masukkan ke dalam periuk nasi, tutup tudung periuk dan kecilkan api. Jika menggunakan ‘rice cooker’ biarkan warm up dan masukkan hirisan bawang tadi.
5. Jika nasi anda lembik, masukkan 2 biji telur ayam yang telah di basuh ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika, hasilnya nasi akan menjadi kering dengan sempurna.
Semoga berjaya, buat mereka yang mencuba kaedah di atas. Anda perlu lakukannya dengan berhati-hati dan utaman kebersihan dalam persekitaran anda.

Suka dengan ini?
|

loading...