4 Cara Memilih Bantal Ibu Mengandung Yang Bagus

Bantal Ibu Mengandung - women online magazine
Bantal Ibu Mengandung. ‘Maternity pillows’ atau bantal ibu mengandung adalah sangat popular di kalangan ibu-ibu mengandung di serata dunia terutamanya di UK dan US.
Ia direka bukan sekadar untuk memberikan keselesaan kepada si ibu,tetapi untuk menjadikan tidur anda lebih nyenyak dan selamat untuk anda dan bayi dalam kandungan.Pastinya ibu hamil di luar sana sedang mencari bantal mengandung yang sesuai untuk mengurangkan kesakitan terutama di bahagian belakang badan apabila berbaring.

Salah satu cabaran besar semasa hamil ialah mendapatkan posisi tidur yang selesa, terutamanya jika anda biasa tidur meniarap atau menelentang. Bahayanya tidur menelentang adalah ia akan meletakkan berat uterus anda sepenuhnya pada bahagian belakang, usus kecil dan vena kava inferior.
Malah,berbaring menelentang juga boleh meningkatkan risiko anda mendapat sakit belakang dan buasir, selai masalah penghadaman, pernafasan dan pengaliran darah, dan juga tekanan darah rendah.
Langkah Pencegahan
Anda boleh berlatih untuk tidur mengiring ke kiri ketika dalam trimester pertama. Cuba tidur mengiring ke sebelah kiri dengan memeluk bantal yang diletakkan di celah kaki anda.Tidur dalam posisi ini memberi manfaat kepada bayi anda kerana ia memaksimakan pengaliran darah dan nutrien ke plasenta.
Ia juga membantu buah pinggang anda mengkumuhkan bahan buangan dan cecair daripada badan anda dengan lebih cekap, lantas mengurangkan bengkak di buku lali, tapak kaki dan tangan. Anda boleh juga membeli beberapa bantal ibu mengandung kerana ia banyak membantu anda untuk mengurangkan ketidak selesaan ketika tidur.
Kebaikan Bantal Ibu Mengandung
  • Dapat mengatasi masalah sakit belakang ibu hamil.
  • Membantu menetapkan pinggul dan tulang belakang anda pada kedudukan neutral.
  • Menggalakkan peredaran darah yang lebih baik.
  • Melegakan tekanan pada perut, belakang, bahu, leher, pinggang dan kaki semasa tidur.
  • Selepas anda bersalin, bantal ini adalah bantal sokongan yang sempurna untuk anda dan bayi semasa penyusuan.
  • Snoogle Pillow
Bantal berbentuk C ini sangat sesuai untuk menyokong perut anda ketika tidur atau baring. Malah ia juga akan memberikan sokongan kepada belakang tubuh badan anda,punggung,leher dan juga kaki. Tidur secara mengiring dengan menggunakan bantal ini dapat membantu meningkatkan peredaran darah ke placenta anda.
  • The Swirl Pillow
Bantal ibu mengandung ini membolehkan anda untuk melihat televisyen ataupun melakukan aktiviti membaca dengan selesa. Bantal ini akan memberikan sokongan tulang belakang anda sekaligus melegakan kesakitan sakit belakang dan juga leher.
  • Swirl Around Pillow
Bantal ibu mengandung ini pula boleh digunakan ketika membaca di atas katil atau di mana-mana sahaja ataupun ketika menyusukan bayi anda. Ia dapat memberikan sokongan kepada belakang anda.
Cara Memilih Bantal Ibu Mengandung
  1. Kunjungi kedai yang menjual beberapa bantal ibu mengandung kerana anda boleh mencuba beberapa jenis bantal yang tersedia ada untuk keselesaan anda baring ketika tidur.
  2. Pilihlah bantal ibu mengandung yang berbentuk tubuh penuh untuk memberikan sokongan ke kepala, punggung, pinggul dan leher ketika tidur.
  3. Jika anda inginkan bantal yang boleh memberi sokongan kepada perut anda ketika tidur mengiring,pilihlah bantal ibu mengandung jenis snoggle kerana bantal jenis ini boleh ditempatkan di antara lutut anda untuk meningkatkan keselarasan kaki punggung dan pinggul.
  4. Jika anda mempunyai alahan terhadap bahan atau kain tertentu,pertimbangkan untuk membeli bantal ibu mengandung organik kerana ia lebih mesra alam dan sesuai dengan anda.
sumber wom.my

Suka dengan ini?
|

loading...