"Saya nak mintak pendapat admin, saya selalu baca admin ada share pasal lelaki ni bila dah berjaya lupa kat perempuan yang hidup susah dengan dia. Saya selalu takut benda macamni jadi kat saya. Rupanya memang jadi,memang nyata! Hanya Allah tahu perasaan saya saat ni.
Dia seorang yang baik, bagi nasihat kat saya, selalu ada dengan saya. Setelah kenal hati budi, kami merancang nak kahwin, saya dengan dia siapkan rumah dulu, dia cari rumah estet je, sebab dia mengajar kat estet. Saya kata tak apa tak kisah, asalkan ada tempat tinggal. Slow-slow saya dengan dia beli brang rumah. Saya terlampau 'excited', saya beli kain langsir 20 meter. Saya jahit guna tangan. Guna tangan saya! Masa saya pasang langsir, saya senyum je, walau ada senget-senget. Dia cakap nanti dah kahwin, ada duit kita beli yang dah siap ye. Saya senyum je. Saya tak sabar tunggu tahun depan.
Walau belum tentu tarikh tapi, tahun depan la masanya saya akan jadi isteri dia. Saya tak pernah berhenti berdoa untuk hubungan saya dengan dia. Walau dia tak ada kereta, saya kata tak apa, Slow-slow, nanti adalah rezeki kita. Saya naik moto saya je, kadang-kadang saya naik dia, dengan handbag saya, barang-barang saya, dia sedih sebab saya ni hidup susah dengan dia, tak ada harta. Saya senyum, saya cakap tak apa, nanti adalah rezeki kita. Saya sanggup hidup dengan dia.
Suatu hari dia banyak diamkan diri, saya nampak perubahan dia, kita orang selalu gado, tak sefahaman, saya merayu kat dia, saya sayang kat dia. Tiba-tiba dia bagitahu dia dapat sambung belajar, ini yang dia impikan setelah sekian lama, dia cakap, dia pergi belajar, nanti gaji dia naik. Saya tak perlu kerja lagi. Duduk rumah je lepas kahwin.
Saya terkejut saya cakap habis kita nak kahwin tahun depan? macam mana? Dia ckp tunda dulu, Senangnya dia cakap. Saya diam, saya sedih, saya bukan tak terima dia belajar, saya cakap kita kahwin jelah, belajar tetap belajar. Dia tak nak, keluarga pun setuju dia belajar dulu. Saya ambil masa untuk terima yang kena tunda kahwin. Habis rumah tu siapa nak duduk? siapa nak bersihkan? dia kata, nanti dia keluarkan barang. Saya diam.
Tak lama beberapa haritu, dia telefon, dia cakap dia dah keluarkan barang. 'langsir tu abang tinggalkan je ye, nanti rezeki orang yang duduk situlah'. Saya marah, saya cakap penat saya jahit siang malam tak tidur nak jahit, ambillah simpan. Dia buat tak tahu je. Situ satu pengorbanan saya, yang saya buat dia tak hargai.
Dah nak dekat, dia sambung belajar. Saya belikan barang alat tulis dia, baju untuk dia, beratus saya habis. Sedangkan masa tu, itulah duit untuk bayar moto saya dan duit makan saya. Saya habiskan, dia cakap nanti dah kahwin claim kat dia. Saya senyum je, saya ikhlas. Saya nak ape yang saya bagi semua tu, tanda saya redha kepermergian dia pergi belajar dan saya janji saya tunggu dia.
Saya minta nak ikut masa hantar dia pergi Maktab. Dia cakap kereta abah penuh. Saya pasrah, mungkin lain kali aku boleh datang jengok dia kat Batu Pahat tu naik Ego aku tu. Itu memang cita-cita aku. Aku nak bagi 'suprise' kat dia. Walaupun sebenarnya sangat-sangat jauh Maktab dia tu.
Sehari dia kat sana, dia ada 'chat' selepas pendaftaran, masa tu da Zohor, saya punyalah rindu, saya terus 'call'. Dengan nada yang gembira, tiba-tiba dia kata dia ada kerja ni, nanti dia mesej lagi. Saya diam, terkedu. Selama dia kat sana, dia tak ada 'call' saya, 'chat' saya boleh dikira, kadang-kadang berhari tak 'chat'. Saya 'chat' dia, saya cakap kalau abang 'free' nanti abang 'call' ye, kejap pun tak apa. Saya tak banyak mesej dia, tak 'call', sebab saya tak ganggu fokus dia. Saya tahu semua ini dia buat untuk diri dia, keluarga dia dan suatu hari nanti untuk saya juga!
Saya rindu sangat kat dia, ada juga perbalahan antara saya dan dia, saya marah, saya merajuk, tapi tak ada langsung dia cari saya. Tiba-tiba hubungan kami diam. Saya sedih sangat kenapa macam ni, saya doa dan tak pernah berhenti doa. Saya buka 'facebook' dia, dia 'chat' perempuan lain, dia mengadu tentang dia masa kat sana. Mengalir air mata saya, kenapa bukan aku yang dia cerita pasal dia? kenapa? aku tak pernah tahu macam mana keadaan dia kat sana.
Saya tak 'chat' dia bagitahu yang saya nampak 'chat' tu. Suatu hari saya terdetik lagi nak buka, dia 'chat' perempuan lain, dia 'try' usha. Perempuan tu cakap awakkan dah ada awek. Dia kata puiihhhh, mana ada. Ni yang dia kata! Yang buat saya nangis baca 'chat' dia, dia cakap, saya ni paksa dia kahwin dengan saya, saya tak bagi dia belajar, saya selalu ganggu dia masa dia sedang belajar sampai dia kena marah dengan 'lecture'. Mengalir air mata saya. Sampai hati dia, saya yang selama ni bagi sokogan kat dia. Saya tunggu dia. Macam ni saya rupanya dimata dia.
Dan akhirnya dia 'chat' dengan saya, dia cakap kebahagiaan bukan milik kita. Saya carilah orang lain. Ya Allah, senangnya dia cakap, mana semua janji dia. Saya Kat sini jaga hati saya, saya tunggu dia, tapi dia boleh berubah sekelip mata. Saya nak cakap, sekarang 'hot' ayat ni 'lelaki sibuk cari duit siang malam, nak kahwin dengan perempuan. Tapi perempuan boleh curang sebab tak ada masa dengan dia'. Dan dengar sini, lelaki pun boleh curang, saat cari duit siang malam, sebab nak yang lebih baik dari perempuan yang setia tunggu dia. Saya tak faham kenapa wujud lelaki macam ni, yang tak pernah sedar pengorbanan, kesetian seseorang kat dia. Dia boleh sibuk cari yang lebih sempurna.
Pesan saya, yang ada depan mata, hargailah. Jangan nak cari yang lebih sempurna. Sebab ia tak wujud! Saya sekarang dah cukup sakit, sangat sakit perit nak terima semua ni, hanya Allah tahu apa perasaan saya. Doakan saya kuat. - sumber pesonapengantin.my
loading...