Selain rambut rosak dan kelemumur, masalah rambut bercabang sering merisaukan kaum wanita.
Antara punca utama yang menjadi penyebab masalah rambut bercabang adalah penggunaan bahan kimia ketika mewarnakan rambut, meluruskan rambut dan perawatan rambut yang lain yang turut menggunakan bahan kimia.
Selain itu pencemaran udara dan terdedah kepada sinaran matahari juga boleh menjadi punca utama rambut mudah bercabang. Malah salah pemilihan syampu atau produk penjagaan rambut juga boleh membuatkan rambut mudah bercabang.
Untuk anda yang mempunyai masalah rambut bercabang, jangan risau. Dalam artikel ini kami akan memberikan anda beberapa tips mudah untuk merawat rambut anda dan mengurangkan atau menghilangkan masalah rambut bercabang.
Cara Mengatasi Masalah Rambut Bercabang
- Perapi Rambut – Untuk memastikan rambut sentiasa sihat dan bermaya, bersyampu sahaja tidak mencukupi terutamanya buat golongan wanita yang berambut panjang. Selepas bersyampu iaitu proses mencuci rambut, anda perlu juga gunakan perapi rambut untuk memastikan rambut kekal lembut dan tidak kusut. Rambut yang kering dan kusut akan menyebakan masalah rambut bercabang.
- Menyikat Rambut – Satu lagi kesilapan yang kerap dilakukan oleh kaum wanita yang berambut panjang adalah menyikat rambut ketika ia masih basah. Pastikan rambut anda kering terlebih dahulu, barulah disikat. Pastikan juga sikat yang digunakan jenis yang bergigi tidak terlalu rapat.
- Memotong Rambut – Bahagian hujung rambut perlu dipotong atau dirapikan sekurang-kurangnya setiap 6 bulan. Cara ini dapat mengelakkan dari berlakunya masalah rambut bercabang. Jika anda memiliki rambut jenis kering, kami syorkan anda gunting hujung rambut setiap 3 ke 4 bulan.
- Guna Air Suam Atau Sejuk – Jangan sekali-kali guna air panas untuk mencuci rambut. Suhu air yang panas akan membuatkan rambut anda lebih cepat kering dan bercabang.
- Mayonis – Satu petua yang berkesan untuk melembutkan rambut dan merawat rambut bercabang adalah dengan menyapu sesudu besar mayonis pada rambut anda. Selepas itu tutup rambut seketika dengan shower cap. Selepas lebih kurang 20 ke 25 minit buka shower cap dan cuci rambut seperti biasa.
Semoga tips-tips yang kami kongsikan ini boleh dijadikan panduan untuk anda yang sedang mencari Cara Mengatasi Masalah Rambut Bercabang.
sumber tokeinfo.com
loading...