Cara Membersihkan Paru-paru Kotor Hanya dalam Masa Tiga Hari Sahaja



Asap rokok menjadi salah satu penyebab utama kenapa paru-paru menjadi kotor dan tidak sihat. Tidak hanya perokok aktif sahaja yang merasakan langsung kesannya, asap rokok yang dikeluarkan juga boleh memberi kesan kepada mereka yang non-perokok (perokok pasif) dan anak - anak yang berada di sekitarnya. Untuk itu menjaga kesihatan paru - paru tentu sangatlah penting agar mempunyai harapan hidup yang lebih lama. Walaupun cara ini sebenarnya ditujukan bagi mereka yang aktif seorang perokok, namun secara umum juga boleh digunakan oleh sesiapa yang ingin menjaga kesihatan dan membersihkan paru - paru daripada racun, termasuk kesan nikotin dan tar akibat merokok.

Sebelum mencubanya, penting diingat bagi anda sekalian bahawa dua hari sebelum menjalankan kaedah pembersihan paru - paru ini agar tidak mengambil produk susu apapun kerana dapat melambatkan proses detoksifikasi. 

Sehari sebelum proses detoksifikasi bermula, minumlah secawan teh herba kegemaran anda pada malam hari sebelum tidur. Langkah - langkah pembersihan paru - paru boleh anda perhatikan dibawah ini: 

1. Pada siang harinya, minumlah 3 Deciliter jus limau atau nanas (alternatif jika anda tidak menyukai jus oren). Kedua-dua buah ini kaya akan antioksidan yang dapat membantu membersihkan paru - paru. 

2. Di sela - sela serapan dan makan tengah hari, buatlah 3 deciliter jus lobak merah dan langsung anda minum. Kandungan vitamin pada lobak merah boleh mempengaruhi alkalisasi darah yang juga akan merangsang detoksifikasi paru - paru. 

3. Pada saat makan siang anda perlu minum 4 deciliter jus yang mengandungi banyak kalium. Makanan - makanan yang mengandungi banyak kalium contohnya: buah bit, tomato, daun parsli, buah ara, atau badam (buah badam). 

4. Pada malam harinya sebelum tidur, minumlah 4 deciliter jus cranberry. Buah ini sangat ampuh dalam mematikan dan mengatasi bakteria jahat yang melekat di paru - paru. 

5. Terakhir yang juga tidak kalah pentingnya, anda perlu berjemur dibawah sinar matahar kira - kira 20 minit selama tempoh detoksifikasi. Hal ini bermanfaat untuk mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui kulit dan keringat. 

Selain diatas, anda juga perlu menggunakan minyak kayu putih sebagai penunjang proses detoksifikasi. Tambah 5 - 10 titis minyak pati kayu putih kedalam periuk yang berisi air panas. Setelah itu, arahkan kepala anda diatas periuk dengan kedudukan periuk dan kepala ditutup (pegang tuala dengan kedua-dua tangan). Tarik nafas hingga air didalam periuk menjadi sejuk. Rasakan manfaatnya! 

Jangan lupa sebarkan artikel ini kepada rakan dan saudara-mara anda demi kesihatan bersama .... [sumber gitanews.com via m4.bantushare.xyz]

Suka dengan ini?
|

loading...