Memasuki usia 30-an, wajah seorang wanita akan mula memperlihatkan tanda-tanda penuaan. Akan mula kelihatan garis-garis kedutan di bahagian mata dan juga bibir. Sebahagian wanita pula mungkin lebih jelas bila pipi yang dulu tegang kelihatan kendur atau jatuh.

Oleh itu pastikan sebaik saja usia mencecah 30 tahun, anda mengamalkan enam makanan berikut yang terdiri daripada sayur dan buah-buahan. Khasiat dalam makanan ini membantu menegang dan menganjalkan kulit  wajah sekali gus membuatkan anda kelihatan kekal muda ibarat tak dimamah dek usia.

1. Delima
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/7/deliam.jpg
Kulit dapat mengekalkan keanjalannya jika kolagen di dalam tubuh diproses dengan baik. Buah delima mampu melakukannya untuk anda. Ia kaya dengan vitamin C yang berfungsi sebagai antioksidan dan seterusnya menghalang kehadiran garis halus, kedutan dan kekeringan kulit.

2. Tembikai
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/7/tembikai.jpg
Tembikai mengandungi air yang membantu menjadikan kulit lebih elastik. Paling penting buah ini mengandungi lycopene yang memberi warna merah pada tembikai. Bahan ini bertindak sebagai antioksidan mencegah kerosakan kulit akibat kesan sinar UV. Khasiat yang sama juga ada pada buah tomato.

3. Bayam
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/7/bayam.jpg
Salah satu khasiat bayam adalah membantu memberi kulit yang sihat kerana kandungan vitamin A yang tinggi. Ia juga dikatakan memberi kelembapan yang tepat pada epidermis sekali gus membantu mencegah jerawat, kedutan dan masalah kulit yang lain.

4. Brokoli
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/7/brokolo.jpg
Sayuran ini dapat meningkatkan kualiti kesihatan kulit kerana kandungan vitamin C, E, dan B6. Ia membantu mengelakkan kesan kerosakan pada kulit akibat radikal bebas.

5. Avokado
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/7/Avocado-Recipes.jpg
Buah ini kaya dengan asid lemak omega dan asid oleic untuk membantu lapisan luar kulit mengekalkan kelembapannya hingga membuatkan kulit lembut dan anjal.

6. Kiwi
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/7/bowl-of-kiwi-fruit.jpg
Buah kiwi mengandungi banyak vitamin C yang mampu mencerahkan kulit tubuh. Buah kiwi berkesan dalam memperbaharui sel-sel kulit yang akan menjadikan kulit cerah, tampak segar dan muda.

Sebenarnya lagi awal anda mula mengamalkan enam makanan ini lebih baik. Ia akan mengurangkan kos anda  membeli krim atau serum anti penuaan. Selain itu amalan sayur dan buah-buahan ini juga baik untuk kesihatan tubuh secara menyeluruh. - sumber vanillakismis.my