Ustaz Ini Kongsi Kisah Dua Kali Diganggu Makhluk Halus, Ngeri...

Shahrun Nizan melakonkan semula bagaimana makhluk itu mengganggunya. Foto : Sinar Online.
Seringkali kita mendengar kisah-kisah gangguan makhluk halus. Tak dinafikan ada yang percaya dan ada juga yang tidak percaya apabila mendengar kisah-kisah ini.

Namun bagi mereka yang pernah merasai sendiri pengalaman diganggu oleh makhluk ini, sudah tentu pengalaman menakutkan itu tidak boleh dilupakan.

Menerusi laporan yang dikongsi oleh Sinar Online yang menceritakan bagaimana dua individu berkongsi kisah bagaimana mereka diganggu oleh makhluk halus.

Hantu tumpang kereta

Seorang Ustaz, Shahrun Nizan Othman berkata dia pernah diganggu sebanyak dua kali ketika melalui laluan alternatif menghubungkan pekan Kuala Ketil dengan Sik.

Menurut beliau, pada kejadian pertama, gangguan itu dirasai ketika melalui jalan tersebut selepas taman latihan marhaban di sebuah masjid di Sik.

Tambah beliau, ketika itu dia pulang bersendirian dengan kereta selepas jam 12 tengah malam dan diganggu ketika melalui satu selekoh berhampiran kawasa berbukit.

Waktu itu jalan berkenaan masih baru dibuka, sedang dalam perjalanan, saya terasa seperti ada yang menumpang di tempat duduk belakang, dari pandangan cermin hadapan kereta saya ternampak kelibat sedia olah-olah berbentuk manusia, namun samar-samar.

Untuk pastikan apa yang saya nampak ketika itu, saya cuba menoleh ke belakang ,namun baru hendak toleh tiba-tiba leher saya keras,”katanya.

Lebih dari itu, kelibat yang dirasainya itu turut bertindak menghulurkan tangan di sebelah pipi kirnya sambil membuka dan menggenggam tangan beberapa kali.

Saiz tangan itu seperti orang dewasa dan warnanya hitam, saya yang berada dalam situasi itu segera membacakan ayat al-Quran dari surah Al-Baqarah.

Dengan bacaan secara taranum dan suara yang kuat, gangguan itu kemudiannya tidak lagi dirasainya sepanjang perjalanan ke rumah,”katanya.

Untuk kejadian kedua pula, Shahrun Nizan berkata ia berlaku sebelum selepas kejadian itu.

Menurut beliau, kejadian kedua itu berlaku sekitar jam 10.30 malam ketika dia pulang menaiki motosikal selepas mengajar anak-anak jemaah membaca al-Quran di masjid.

Tiba di satu lokasi berlainan dari kawasan pertama saya diganggu, motosikal saya menjadi berat dan semakin sukar ditunggang.

Lebih menghairankan saya waktu itu, terdapat cebisan kain berwarna putih pudar berkibar-kibar di bahagian motosikal saya seolah-olah saya memakai pakaian labuh yang terkena tiupan angin,”katanya sambil menambah dia kemudian terasa pelukan seseorang dari arah belakang menyebabkan di sukar bernafas.

Saya cuba sekuat hati membaca ayat-ayat suci al-Quran dan kemudiannya menjerkah makhluk itu.

Selepas membaca, saya jerit dengan sekuat hati “ Jangan kacau aku!” dan secara pantas gangguan itu hilang dan tidak lagi dirasai,”ceritanya.

Bagaimanapun Shahrun berkata, biarpun apa yang berlaku, rutin hariannya tidak terjejas kerana kuasa Allah adalah lebih besar dari segala-galanya.

Diganggu di Masjid

Seorang penduduk dari kawasan Felda Teloi Timur, Azzahari Zakarian berkata pengalamannya diganggu di masjid akan sentiasa segar dalam ingatan.

Menurut Azzahari, kejadian itu turut berlaku dua tahun lalu ketika dia mengambil keputusan bermalam di masjid.

Sudah sebati masjid kampung ini dengan saya, selalunya saya akan tidur dan bermalam di masjid, namun pengalaman dua tahun lepas amat memeranjatkan,”katanya.

Menceritakan kisahnya, Azzahari berkata kira-kira jam 3 pagi dia terasa mahu membuang air kecil.

Dia secara tergesa-gesa keluar dari masjid dan terpandang kelibat seseorang di kawasan parking motosikal di perkarangan masjid.

Katanya ketika itu dia langsung tidak terlintas bahawa itu adalah makhluk halus dan hanya beranggapan ia hanyalah penduduk yang melepak di situ.

Mulanya saya ingat ada orang lepak hisap rokok di kawasan tu,saya pun tidak endahkan dan masuk ke dalam tandas seperti biasa.

Namun selepas keluar dari tandas, kelibat itu masih lagi berada di tempat parkir dan saya mengambil keputusan untuk pergi ke arahnya bagi mengetahui siapa yang ada di kawasan berkenaan,”katanya.

Tambah beliau, apabila dia menyuluh lembaga itu menggunakan lampu suluh, tanggapannya meleset.

Bila hampir dan lampu terus dihalakan ke arah bawah kawasan parkir tu, saya terperanjat kerana rupanya adalah makhluk lain yang sedang bertenggek.

Makhluk tersebut kemudiannya berdiri, wajahnya tidak kelihatan kerana ditutupi dengan rambut panjang sebelum terbang ke arah bumbung masjid dan hilang dari pandangan mata,”katanya. - via: siakapkeli.my

Suka dengan ini?
|

loading...