Ayam Belanda Ini Naik Pesawat Kerana Ada Tugas Penting



Seorang penumpang terkejut apabila melihat seekor ayam belanda berjalan terkedek-kedek melalui pemeriksaan di lapangan terbang San Francisco, California, Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu.
Menurut laporan The Daily Mail, ayam itu kelihatan sedang menunggu pemiliknya mengambil barangannya di tempat pemeriksaan bagasi. Gambar itu dimuat naik menerusi Facebook oleh wartawan KTVU, Frank Somerville.
Beliau menjelaskan, ayam belanda tersebut merupakan haiwan peliharaan wanita itu yang didakwa membawa ketenangan kepadanya atau disebut sebagai ‘comfort animal’(haiwan pendamping), setelah kematian suami.
Haiwan itu menemani wanita tersebut ke mana-mana sahaja, malah beliau juga sanggup tidur ditemani ayam belanda berkenaan termasuk dibenarkan untuk menaiki pesawat bersama-sama dengan ‘haiwan pendamping’.
Namun Somerville dipetik oleh The Daily Mail sebagai berkata, pengecualian istimewa tersebut hanya diberi sekiranya anda mempunyai dokumen yang sah dikeluarkan oleh ahli kesihatan mental profesional di AS.
“Ada peraturan tertentu. Sebaik sahaja berada dalam pesawat, ia dilarang berjalan dan juga tidak dibenarkan sekat laluan antara tempat duduk pesawat atau diletakkan di tempat duduk berhampiran pintu keluar kecemasan.
“Mungkin mudah untuk mentertawakan tindakan wanita ini. Tapi saya sudah saksikan begitu banyak perkara yang mungkin aneh bagi saya, tetapi dianggap normal untuk orang lain,” katanya dalam catatan di Facebooknya.
Menurut The Daily Mail, ini bukan kali pertama ayam belanda dibawa menemani pemiliknya menaiki pesawat kerana hanya beberapa minggu lalu, gambar-gambar seekor ayam belanda menaiki pesawat Delta Airlines dipetik.
Burung tersebut dikesan menemani seorang penumpang wanita muda, Jodie Smalley dalam perjalanan dari Tacoma-Seattle, Washington ke Salt Lake City di Utah yang berjarak penerbangan sejauh 1,115 kilometer.
Sebenarnya, menurut Somerville, banyak lagi haiwan jinak selain ayam belanda dilihat pernah menemani pemilik mereka sendiri dalam pesawat domestik di AS, termasuk antaranya babi, kuda kecil, kucing dan anjing.
Bulan lalu, The Daily Mail melaporkan tentang seorang penumpang bernama Megan Peabody yang menaiki pesawat ke seluruh dunia bersama babi peliharaannya, Hamlet, yang juga ‘haiwan pendamping’ beliau.
Di AS, di bawah peraturan Akta Akses Pesawat, penumpang dibenarkan membawa haiwan mereka menaiki pesawat tanpa bayaran berlebihan, hanya jika mereka tidak dapat berfungsi tanpa ‘sokongan’ haiwan itu. - [sumber mynewshub.cc]

Suka dengan ini?
|

loading...