6 Tips Jimat Hias Sendiri Bilik Pengantin Anda

Bilik Pengantin - women online magazine
Photo by wom.my
Bilik Pengantin. Dekorasi bilik pengantin adalah bahagian paling peribadi buat anda yang menjadi Ratu Sehari.
Bahkan ,bilik pengantin juga merupakan satu-satunya tempat yang tetamu akan teruja untuk menjenguknya selain daripada pelamin.

Dengan dekorasi bilik pengantin yang cantik dan selesa, sudah pasti akan membuatkan anda semakin gembira di hari perkahwinan nanti. Tambahan pula, ketika anda dan pasangan mahu menempuh saat malam pertama, mungkin juga kedua dan seterusnya…
Di sini jelas menunjukkan betapa pentingnya anda menghias bilik pengantin dengan sebaik mungkin. Jadikan hari perkahwinan anda nanti sebagai salah satu hari di mana anda menjadi salah seorang wanita yang paling bahagia di dunia ini!
Ini beberapa tips buat anda yang berhasrat untuk menghias bilik pengantin sendiri.
1. Pilihan sesuai warna bilik
Pilihan warna yang sesuai untuk bilik pengantin adalah warna putih. Warna putih dapat menaikkan lagi seri bilik pengantin apabila dikombinasikan dengan warna lainnya.Kalau anda mahukan bilik tersebut kelihatan lebih menarik dan nampak luas,gunakan hanya dua warna sahaja iaitu warna putih dan warna lain yang anda suka .
Anda juga boleh memilih warna-warna seperti merah jambu atau ungu kerana warna ini dapat menimbulkan mood yang lebih romantik.
2. Pemilihan perabot yang sesuai dengan konsep
Ukur keluasan bilik pengantin sebelum anda membeli perabot baru. Pastikan perabot yang dibeli padan dengan keluasan bilik pengantin. Anda juga boleh menyusun beberapa keping cermin untuk memberikan kesan ruang yang luas di dalam bilik pengantin itu. Pastikan juga katil dan meja sisi diletakkan kedudukan yang sesuai. Elakkan daripada meletak katil bertentangan dengan pintu masuk. Lebih-lebih lagi jika pintu tersebut menghadap ruang tamu.
3. Padankan warna langsir dengan warna dinding [feature wall] dan juga cadar
Jika bilik pengantin anda kecil, pilihlah langsir polos atau dengan corak motif yang lebih kecil kerana ia dapat menampakkan bilik pengantin tersebut kelihatan luas dan tidak serabut.
4. Penggunaan cadar  yang sesuai
Bilik Pengantin - women online magazine (2)
Tips ini adalah sangat penting. Pilhlah cadar yang sesuai dengan konsep perkahwinan anda. Pilih kemasan yang lembut dan ringkas serta elakkan corak terlalu sarat kerana akan menjadikan suasana kamar menjadi sesak dan tidak menarik.Contoh warna pilihan adalah warna polos atau neutral.
Jika bilik pengantin anda tidak mempunyai penghawa dingin, jangan sesekali menggunakan cadar jenis satin atau yang jenis berkilat-kilat. Memang cantik apabila dipandang mata,tetapi jika salah pemilihan,ia akan membuatkan tidur anda tidak nyenyak sepanjang malam dek kepanasan. Anda haruslah mengutamakan keselesaan semasa membuat pilihan.
5. Pencahayaan 
Anda mahukan kesan dramatik? Jangan lupa letakkan lampu meja atau lampu katil yang bercahaya kuning dan boleh dimalapkan untuk memberikan kesan eksklusif dan romantis.
6. Penggunaan Aksesori
Bilik Pengantin - women online magazine (3)
Jika anda mahu menggunakan bunga untuk menghias bilik pengantin,biarlah bunga tersebut  yang ringkas atau tidak berlebihan – lebihan .
Pilihan warna bunga pula haruslah tidak lari dari tema yang anda pilih untuk bilik pengantin. Anda juga boleh menggunakan bunga-bunga segar kerana tidak dapat dinafikan,kewujudan bunga sebagai hiasan akan dapat menyuntik elemen seri kepada bilik pengantin itu sendiri . - [via: wom.my]

Suka dengan ini?
|

loading...