Demikian sebahagian daripada perkongsian Hasnul Zulkarnain dalam status di Facebook miliknya yang pantas mendapat perhatian daripada netizen.

Beliau menulis status tersebut selepas melawat sebuah keluarga yang baru kehilangan ibu selepas lapan hari melahirkan bayi kembar.

Arwah meninggalkan sembilan orang anak termasuk kembar dengan anak sulung baru berusia 14 tahun. Lebih menyedihkan ketika mengunjungi berkenaan bayi kembar itu masih belum mandi kerana ketiadaan lampin pakai buang selain bekalan air di rumah yang dipotong.

Status ini mendapat hampir 30 ribu perkongsian netizen yang turut melahirkan simpati pada nasib keluarga ini. Berikut adalah perkongsian yang dibuat di laman sosial beberapa hari lalu.

Bayi kembar yang kematian ibu selepas lapan hari melahirkan.

Berat mata memandang berat lg bahu memikulnya... keluarga ini diuji Allah apabila ibu kpd 9 org anak temasuk bayi pasangan kembar lelaki yg berusia 8 hari meninggal dunia semlm 13 April di hospital besar Ipoh.

Duduk dkt kg. changkat jambu, kati k.kangsar. Anak sulung tingkatan 2, 9 beradik. . Ayah driver lori. .

Pkul 11.30am td pg ziarah. jenazah blum sampai kena post mortem kt ipoh, arwah baru 8 hari melahirkan anak kembar lelaki. .

Yg sedihnya, bekalan air kena potong, bby kembar blum mandi lg sbb pampers x de. . Botol susu ada satu je.

Ya Allah, beratnya dugaan mereka ini, syukur dengan nikmat yg Allah bg kat kita.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/April/15/Capture.jpg

Bagi yang mahu membantu berikut adalah alamat keluarga ini.
No 31, Kg Changkat Jambu, Kati,
Kuala Kangsar Perak.

via siakapkeli.my